Original oleh Imam Muslih
cinta ... cinta ... cinta
Cinta, suatu perasan yang sukar digambarkan melalui kata-kata. Ia hanya dapat dinikmati secara mengalaminya sendiri.
Cinta tidak dapat dipelajari tetapi dialami. Uniknya cinta, kerana ia jelmaan kasih sayang yang teragung.
Sekiranya cinta sudah tiada di hati anda, tandanya salah satu nikmat Allah telah tercabut daripada diri, sedangkan cinta adalah nikmat teragung Allah terhadap hambaNya. Jika sudah tidak dapat menghargai cinta tandanya nilai kemanusiaan anda sudah mula terhakis. Ketiadaan cinta di hati anda bakal merubah seluruh kehidupan.
Dengan cinta gunung kelihatan rendah untuk didaki.
Cinta ibarat cahaya, bukan pencetus masalah dan pembawa derita. Tidak perlu berkorban kehormatan untuk cinta kerana cinta yang benar-benar suci dan semulajadi menjadikan pemiliknya bertambah matang, dewasa beriman
Jika cinta dijelmakan dalam diri ia begitu memotivasi.
Jika diberikan kepada seseorang, ia ibarat menghadiahkan sebukit emas untukya.
0 komentar:
Posting Komentar
Silahkan Jika ada Pesan Buat Ana